WELCOME ADAM & HAWA
salam perkenalan, kalau ada salah dan silap maafkan diri ini, sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri sy sendiri yang baik itu dari ALLAH SWT) i love u all.

Followers

Wednesday, January 27, 2016

"bisness" vs "memory TSPPP"

selamat pagi wehhh. oups! assalamualaikum.
harini nak cakap pasal bisness. ulang suara, bisness. sebenanarnya aku teringin nak mula ceburi bidang bisness ni sebab rasa nak mencuba.

Aku bukan terpengaruh dengan apa orang duk buat sekarang ni. Cuma, Aku berkeinginan. Aku tahu, bukan senang nak majukan bisness kita. Tapi, kalau tak cuba, macam mana kita nak rasa benda tu semua kan.

Kawan aku ada duk ajak ajak aku buat bisness, jual-jual barang lah. Sebab dia pun baru nak mula. Tapi memikirkan kesibukan akan datang, sebab aku masih lagi pelajar diploma di politeknik dan fyp pun aku tak lepas lagi. Jadi..Aku hold dulu kot angan-angan tu. 

Tahniah, aku ucapkan kepada anak-anak muda yang dah mula membuat perniagaan sendiri aku doakan hampa semua berjaya dalam semua bidang yang hampa ceburi oke.  

Pssst! Nak bagitahu ni, dulu masa aku sekolah tinggal kat asrama, aku ada jugak buat bisness. bisness jual bubur cup tu. Abah aku yang bawa keluar modal. Jadi..Aku jual lah. maknanya modal tu dikira duit saku aku ke sekolah lah, Tapi bila dah aku jual bubur tu, aku dapat sekali dengan untung. Jadinya, duit saku aku jadi lebih lah. Easy math! Simple math! Yeahhh. hehe. masa tu rasa seronok sangat. Dalam dorm aku ada dua orang buka kedai runcit termasuk dengan aku. Seorang lagi kawan aku nama dia ainul, Dia jual lah kopok2, appolo, coklat2,maggi2. hehe. Laku beb, asrama kot. Plus, tengah-tengah malam, memang akan ada yang craving.

Yang lain, semua sepakat tolong kami dua yang buka kedai runcit ni. tambah-tambah nak dekat cuti panjang. pakat usung kotak pergi biik ke bilik sebab nak bagi habis stok. 

Sebenarnya, duk asrama takda lah macam kita tengok dalam tv tu. Buli tu memang tak boleh lari. Tapi, kenangan yang manis tu lagi banyak dari kenangan pahit. Pandai-pandai lah awak nak berdikari kalau dah berjauhan dari family. Pandai-pandai lah menilai erti persahabatan sebenar. TSP always in my heart.



2 comments:

beauty beybi said...

lovely bog <3
Lets follow each other in GFC, Bloglovin and FB :)
Kindly let me know where all you are following and I will return the favor.

My blog - http://beautybeybi.blogspot.com.tr/

Eyqa Zq said...

Good luck syaza. Easy jak tu bisnes. U can do it! Plan jak betul2. :D